Home

Our Coach

Gallery

Testimoni

Pendaftaran

My ATM Machine

Jadual Coaching

Contact Us

 

 

 

 


   

Coach Profile

                     Mr. Babusalam Forex

 

Biar saya ceritakan sedikit mengenai latar belakang saya. Orang mengenali saya dengan nama Babusalam Forex ( Babufx ) Mempunyai kelulusan dalam bidang perakaunan dari sebuah kolej  tempatan. Sebaik sahaja menamatkan pengajian pada tahun 1993 saya bekerja dengan beberapa buah syarikat disekitar Kuala Lumpur .

Pada tahun 1999 saya berjaya menubuhkan sebuah  syarikat  yang menyediakan perkhidmatan perakaunan dan kesetiausahaan syarikat dan bertahan selama 5 tahun .Pada tahun 2005  saya telah mengambil keputusan menjual perniagaan saya kepada seorang kawan baik dan sejak itu bermulalah kehidupan saya sebagai seorang Forex Trader sepenuh masa sehingga sekarang .

 Walaupun latarbelakang saya dalam bidang perakaunan, saya sebenarnya tidak begitu mengetahui tentang Pasaran Kewangan (Financial Markets) terutama perniagaan Forex sebelum ini. Ia mengambil masa yang agak lama untuk saya belajar, praktis dan kemudian "applied on the chart". 2 tahun pertama saya dalam bidang forex , saya mengalami kerugiaan yang cukup besar namun usaha berterusan tanpa berputus asa boleh dikira berbaloi-baloi kerana saya sekarang ini menikmati kebebasan masa (Freedom Of Time ) dan saya juga tidak perlu memikirkan setiap kali hujung bulan macam mana mahu bayar gaji pekerja dan keperluan diri sendiri. Pendapatan saya dalam Forex cukup untuk menyara keluarga saya serta mampu membawa mereka makan angin melancong setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah baik di dalam ataupun ke luar negeri. Kebebasan masa ini jarang sekali diperolehi oleh orang lain apatah lagi bagi mereka yang bekerja makan gaji ( kecuali penggangur hehehehehe ) ..

Saya mula memberikan  personal coaching to small group of traders somewhere in Febuary 2009 till now. Since then  my community has grown up all over Malaysia, Brunei as well as Indonesia...Pada Nov 2009 pula saya menubuhkan Babufx Clubs House (BFC) sebagai kesinambungan usaha untuk membimbing para pelajar saya menjadi seorang forex trader yang konsisten profit...Para pelajar saya boleh datang ke BFC setiap hari sama ada untuk polish balik skill mereka, bertukar2 pandangan dan idea berkenaan dengan forex malah untuk trade bersama-sama dengan saya dan juga pelajar lain...

"Sarapan pagi dengan Yen, makan tengah hari dengan Euro dan Makan Malam dengan Pound"

 
 

 

Pendedahan Risiko
Berdagang dalam Saham, Komoditi, Futures, Option, dan Tukaran Matawang asing (Forex) adalah berisiko tinggi. Prestasi lepas tidak semestinya petunjuk pada prestasi yang akan datang. Penggunaan “Leverage” yang tinggi dalam aktiviti ini dapat meninggikan potensi untung dan juga meninggikan potensi kerugian. Sila cuba dengan akaun demo sebelum anda percaya dengan apa yang diajar dan dikatakan dalam website ini. Dan hanya risikokan wang yang anda mampu menanggung kerugian. Sebelum melabur, anda harus mengambil kira aspek objektif pelaburan anda, pengalaman anda, dan risiko yang anda akan ambil. Segala pandangan yang diberikan dari halaman web ini hanyalah pandangan seorang pedagang atau pelabur, tidak semestinya benar.